Home Semasa Parlimen bubar 1 September ini?

Parlimen bubar 1 September ini?

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Parlimen dijangka akan bubar pada 1 September ini sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada 8 Oktober.

Perkara tersebut dinyatakan dalam satu gambar tular di media sosial.

“Siapa boleh sahkan?” kata pemilik akaun Twitter La_FarEast.

Melalui foto yang dikongsikan oleh beliau pada petang Sabtu, penamaan calon akan diadakan pada 25 September ini .

Kali terakhir negara melaksanakan PRU adalah pada awal Mei 2018.

Berdasarkan maklumat di portal Parlimen, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh masa 60 hari dari pembubaran.

“Parlimen akan terus bersidang selama 5 tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu,

“Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar,” katanya.

Sementara itu, Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (A) 139/2018 menyatakan Parlimen ke-14 telah bersidang untuk kali pertama adalah pada 16 Julai 2018.

Pada Mac lalu, Fitch Solutions Country Risk and Industry Research menjangkakan PRU akan diadakan selepas pertengahan tahun 2022. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!