MOSCOW, 27 Mei – Presiden Rusia, Vladimir Putin sedia membantu pihak barat tangani krisis kebuluran makanan sekiranya sekatan ke atas negaranya ditarik balik.
Beliau mengulas mengenai sekatan angkatan tenteranya yang menghalang pengeluaran gandum dari pelabuhan Ukraine di Laut Hitam.
Putin menjelaskan, beliau sedia menghapuskan halangan pengeksportan gandum sekiranya pihak barat sedia membuka semula sekatan yang dikenakan ke atas Russia.
Dalam pada itu, Putin bersama Perdana Menteri Itali, Mario Draghi turut membincangkan berkenaan jalan penyelesaian bagi membantu mengurangkan krisis makanan antarabangsa.
“Hal ini hanya boleh dilakukan jika Barat menarik balik sekatan,
“Persekutuan Rusia bersedia memberikan sumbangan besar untuk mengatasi krisis makanan melalui eksport bijirin dan baja, dengan syarat sekatan bermotif politik dari Barat ditarik balik,” kata Putin dalam satu kenyataan yang dilaporkan agensi berita Mirror, pada Jumaat.
Ukraine turut menjelaskan tindakan Putin dalam hal berkenaan adalah merupakan peras ugut.
“Putin cuba menahan dunia untuk membayar tebusan dengan mempersenjatai krisis makanan yang dicetuskan oleh perangnya terhadap Ukraine,” kata Setiausaha Luar Britain, Liz Truss, pada Khamis. – airtimes.my