Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat PUSASDA ajar erti kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama – Perajurit Muda Nor Farhan

PUSASDA ajar erti kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama – Perajurit Muda Nor Farhan

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=x3k6opjODGc[/embedyt]

 

PORT DICKSON, 23 Mei – Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) mengenai erti kerjasama serta hormat menghormati di antara satu sama lain dengan tidak mengira bangsa juga agama yang dianuti mereka.

Perajurit Muda Lelaki Keseluruhan Terbaik, Mohamad Nor Farhan Mahzal, 22, yang merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik berkata, di PUSASDA juga beliau telah banyak belajar tentang disiplin dan kebersihan.

“Pada awalnya, kami susah untuk memahami antara satu sama lain terutama dari segi bahasa, agama dan kepercayaan, tapi lama-kelamaan PUSASDA telah mendidik kami satu kerjasama tanpa mengira bangsa,

“Dalam perkhidmatan nanti, kita tidak boleh memilih bangsa dan agama untuk menjadi satu pasukan sebab kita dibawah naugan yang sama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM),” katanya kepada pemberita, pada Sabtu lalu.

 

Perajurit Muda Nor Farhan Mahzal dinobatkan sebagai Perajurit Muda Lelaki Keseluruhan Terbaik

Sementara itu, Nor Farhan turut meluahkan perasaan bangganya kerana berjaya menamatkan latihan dan seterusnya terpilih sebagai Perajurit Muda Lelaki Keseluruhan Terbaik.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Pada Sabtu, seramai 2,497 perajurit muda telah berjaya menamatkan Kursus Asas Latihan Tentera Darat pada acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di PUSASDA. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply