Home Pertahanan dan Keselamatan Ironman Challenge uji ketahanan anggota MALBATT 850-9

Ironman Challenge uji ketahanan anggota MALBATT 850-9

by Nurulhuda

SHAMA, 23 Mei โ€“ Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT-850-9) telah menghantar sebanyak 2 kumpulan untuk menyertai Pertandingan ๐ผ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘›๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐ถโ„Ž๐‘Ž๐‘™๐‘™๐‘’๐‘›๐‘”๐‘’ yang melibatkan semua kontinjen di bawah Sector West UNIFIL di Kem Shama UNP 2-3 pada 8 Mei lalu.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi laman media sosialnya berkata, pertandingan yang dianjurkan oleh Italian Battalion adalah bagi menguji kontinjen dibawah trup UNIFIL khasnya Sector West di dalam aspek kepimpinan, kawalan, ketahanan mental dan fizikal.

Selain itu, ia juga bagi menguji keyakinan diri dan kerjasama di dalam kumpulan di samping memupuk semangat setiakawan di kalangan anggota.

โ€œSebanyak 21 kumpulan telah bertanding mengikut kategori yang melibatkan setiap Battalion dibawah naugan Sector West termasuk Lebanese Armed Forces (LAF),

โ€œMalaysian Battalion telah menghantar sebanyak 2 kumpulan untuk menyertai pertandingan ini,

โ€œSetiap kumpulan perlu mengharungi trek sejauh 2.5 km bersama backpack seberat 10 kg merangkumi 3 disiplin iaitu membalikkan tayar 100m, larian 2.5 km tanpa beban dan ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ณ๐˜บ 100m,โ€ jelas MK AB.

Menurut MK AB, secara keseluruhannya semua kumpulan telah berjaya menamatkan ๐ผ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘›๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐ถโ„Ž๐‘Ž๐‘™๐‘™๐‘’๐‘›๐‘”๐‘’ sekaligus mencapai tahap kecergasan yang baik.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sector West Commander, Brig Gen Masimilliano Steca.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menamatkan pertandingan dengan jayanya dan berharap acara sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memupuk semangat juang yang tinggi dalam kalangan anggota pasukan.

Tambahnya, pelaksanaan pertandingan ini selari dengan Teras Keempat Komander MALBATT 850-9 iaitu Profesional and Effective Soldier.

โ€œTeras ini melibatkan memperkasakan latihan, pengukuhan ilmu pengetahuan, pembudayaan โ€˜ dan โ€˜๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ง๐™ฎ ๐™—๐™š๐™๐™–๐™ซ๐™ž๐™ค๐™ช๐™งโ€™,

โ€œPelaksanaan latihan individu, kolektif dan bilateral atau multilateral serta latihan berterusan yang berkesan akan membolehkan penambahbaikan dilakukan terhadap profisiensi taktikal dan teknikal warga Harimau Biru,โ€ ujarnya. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!