Home Pertahanan dan Keselamatan MINDEF, ATM dan kerajaan sentiasa ambil berat terhadap veteran

MINDEF, ATM dan kerajaan sentiasa ambil berat terhadap veteran

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 22 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kerajaan sentiasa mengambil berat soal keinginan tambahan dan kebajikan veteran ATM.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau memahami keinginan tambahan dari veteran terutama berkaitan isu pengampunan tribunal ATM serta penambahbaikan perkara berkaitan pencen terbitan untuk balu veteran.

Menurutnya, perkara tersebut memerlukan perancangan kewangan yang cukup teliti memandangkan negara masih dalam usaha untuk pulih semula dari kesan pandemik selama lebih 2 tahun.

“Saya bercakap seperti ini bukan bermakna saudara saudari tidak boleh meminta dan bersuara langsung,

“Boleh semestinya kerana saya sendiri sentiasa meletakkan usaha pembelaan veteran ATM ini sebagai keutamaan sejak daripada dahulu,

“Selagi saya Menteri Pertahanan, percayalah pendirian saya tidak akan pernah berubah,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Persatuan Veteran ATM (PV ATM) ke-100 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, MINDEF sentiasa terbuka untuk mendengar luahan serta keinginan dari veteran ATM.

“Datanglah berjumpa dan bawalah suara dan hasrat yang ingin disampaikan kerana perkara tersebut merupakan soal kebajikan dan kepentingan saudara saudari,

“Kami di MINDEF memang sentiasa mengalu-alukan sesiapa jua untuk bekerjasama secara ikhlas demi menambahbaik agenda kebajikan veteran ATM,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!