Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 3 tekong tempatan diberkas seludup 3 PATI Indonesia

3 tekong tempatan diberkas seludup 3 PATI Indonesia

by Air Times News Network

LUNDU, 22 Mei – Seramai 3 tekong warga tempatan diberkas kerana cuba menyeludup masuk 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ke Malaysia menerusi laluan yang tidak sah, pagi tadi.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka ditahan di kawasan tanggungjawab Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd).

“Pada jam 6 pagi, anggota petugas telah mengesan 3 buah motosikal yang dinaiki oleh 5 lelaki dan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan dari arah Indonesia masuk ke Malaysia di ladang kelapa sawit Rimbunan Hijau sekitar 600 meter dari sempadan,

“Hasil pemeriksaan yang dibuat mendapati 3 individu merupakan lelaki warga tempatan berusia 25 hingga 35 tahun dipercayai bertindak sebagai tekong untuk membawa masuk PATI ke negara ini menerusi laluan yang tidak sah,

“Manakala seorang wanita dan 2 lelaki lagi merupakan PATI warga Indonesia berusia 38 hingga

56 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan turut menemui satu bungkusan dipercayai dadah jenis Methamphetamine seberat 10 gram, pakaian dan barangan peribadi yang disimpan di dalam beg.

“Kesemua individu tersebut ditahan dan diserahkan kepada Balai Polis Lundu untuk siasatan dan tindakan lanjut,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM20,248 melibatkan 3 buah motosikal, wang tunai serta 6 buah telefon bimbit,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!