Home Pertahanan dan Keselamatan Nelayan Vietnam rompak hasil laut negara ditahan

Nelayan Vietnam rompak hasil laut negara ditahan

by Air Times News Network

SANDAKAN, 20 Mei – Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah (PPM W4) berjaya menahan serta merampas 2 buah kapal ikan milik warga Vietnam menceroboh perairan utara Pulau Langkayan, awal pagi tadi.

Komander PPM W4 Sabah, Asisten Superitenden Ahmad Ariffin berkata, bertindak atas maklumat risikan Polis Marin, pasukan telah merangka tindakan pengoperasian bagi membanteras pencerobohan oleh kapal-kapal asing.

“Semua nelayan Vietnam terdiri dari juragan dan awak-awak kapal seramai 11 orang lelaki berjaya diberkas. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan antara 10 hingga 49 tahun,

“Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai kebenaran atau permit untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di Perairan Malaysia secara sah dari Jabatan Perikanan Malaysia,” jelas beliau.

Menurutnya, juragan kapal telah menyalahi undang-undang di bawah seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 1 juta setiap seorang serta 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan perikanan yang tidak dilesenkan,

“Juragan serta kru kapal juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan boleh didakwa dibawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,

“2 buah kapal, 8 set peralatan menangkap gamat dan hasil gamat yang dicuri tersimpan dalam beberapa buah tong yang diperolehi secara haram telah dirampas,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,873,000. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!