JOHOR BAHARU, 18 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan minyak diesel dalam 2 serbuan berasingan dikawasan Batu 3 1/2, Jalan Tampoi, Johor, kelmarin.
Komander PPM Johor, Asisten Komisioner Polis Muhd Zailani Abdullah berkata, pasukannya sedang melaksanakan Operasi Kontraband dan telah meng gesan dua buah lori dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.30 malam.
“Dalam sebuan pertama dan kedua mendapati seorang pemandu lori dan seorang pembantu sedang mengisi minyak diesel ke dalam tangki lori berkenaan,
“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 12,000 liter minyak diesel telah diisi didalam 2 buah lori tersebut yang dianggarkan berjumlah RM25,800,
“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk minyak diesel, 12 unit tangki minyak plastik dan 2 buah lori dianggarkan bernilai RM197,800,” katanya.
Tambah Muhd Zailani, kesemua barang rampasan dan 4 orang lelaki berumur 21 hingga 43 tahun telah ditahan dan dibawa balik ke Markas PPM Wilayah 2, kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya – airtimes.my