Home Pertahanan dan Keselamatan Bot nelayan, 21 kru warga Vietnam di tahan curi hasil laut negara

Bot nelayan, 21 kru warga Vietnam di tahan curi hasil laut negara

by Air Times News Network

KEMAMAN, 16 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 21 awak-awak pada kedudukan 108 batu nautika tenggara Kuala Kemaman pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot bernombor pendaftaran KG 95531 TS bersama kru termasuk tekong warga Vietnam berumur antara 18 hingga 54 tahun ditahan semasa rondaan bersepadu Op Pagar Laut, Op Kuda Laut dan OP Iman di perairan Terengganu jam 5.30 petang.

“Pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati semua kru dan tekong tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta bot tidak mempunyai permit menangkap ikan di perairan negara,

“Turut dirampas bekalan diesel anggaran 1,000 liter, hasil laut 2 tan dan peralatan menangkap ikan yang nilai keseluruhan dianggarkan RM1.6 juta,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, bot dan hasil rampasan bersama nelayan Vietnam dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply