Home Semasa Cash is king, king itu rakyat – Najib

Cash is king, king itu rakyat – Najib

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan cara ‘direct cash transfer’ adalah langkah terbaik untuk membantu rakyat ketika kesusahan.

Najib berkata, melalui kaedah tersebut, rakyat mempunyai kebebasan dalam memilih serta dapat gunakan duit tersebut mengikut kehendak masing-masing dengan lebih cepat.

“Sebab itu cara kita mahu tolong rakyat dengan ‘direct transfer’. Kita bagi pada semua. Gunakanlah duit itu, kalau nak beli buku, nak beli beras, belilah. Kalau nak bawa anak makan McD, bawalah.. asalkan kita tolong rakyat dengan segera dan cepat,

“Kalau rakyat susah kita bantu cepat melalui ‘direct payment’, jangan pulak nak tegur rakyat, sekarang adalah masa kena ikat perut, rakyat tengah susah,

“Sebab itu ‘cash is king’, ‘king’ itu adalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang julung kali menampilkan bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), pada Khamis.

Tegas Najib, semasa pentadbiran pihaknya tidak pernah memilih dalam pemberian duit tersebut.

“Bila kita masukkan (duit) ke dalam akaun rakyat, rakyat boleh pilih,

“Kita bagi pada semua. Kita tidak pilih bulu,” jelasnya.

Bagi Anwar Ibrahim pula, kerajaan seharusnya membebaskan rakyat daripada beban kemiskinan bukan hanya dengan memfokuskan pemberian bantuan tunai kepadanya.

Tambahnya, masalah jangka panjang dihadapi rakyat tidak akan dapat diselesaikan jika kerajaan hanya mengambil dasar bantuan seumpama itu saja tanpa memikirkan soal mencipta peluang pekerjaan, menyelesai masalah pengangguran dan kemiskinan serta membasmi amalan rasuah dalam pentadbiran.

Debat yang bermula tepat jam 9 malam tadi turut dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin.

Debat itu merangkumi 3 bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

Bahagian kedua berkisar tentang ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!