Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin pintas, usir 6 bot asing ceroboh perairan negara

Polis Marin pintas, usir 6 bot asing ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

SANDAKAN, 12 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan telah berjaya memintas 6 buah bot asing yang cuba memasuki perairan Sabah, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, kesemua bot yang dijuragani 6 lelaki itu turut membawa bebrapa individu termasuk kanak-kanak berumur 3 srhingga 68 tahun.

Beliau berkata, kesemua bot berkenaan dikesan dalam keadaan yang mencurigakan bergerak dari arah perairan negara jiran.

“Keenam-enam bot berkenaan yang didakwa berasal dari Filipina terus dipintas dan diiringi keluar dari perairan negara,

“Mereka telah diberi penerangan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,

“Kesemua mereka juga diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19 dan diberi amaran agar tidak menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia,” jelasnya dalam Facebook PPM Wilayah 4 Sabah pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Rusdin turut menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai jenayah rentas sempadan ke pihaknya atau terus ke balai berdekatan untuk tindakan lanjut.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!