Home Politik Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN – Asyraf Wajdi

Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN – Asyraf Wajdi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ramai yang termakan dengan janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau berkata, ramai anak muda memenuhi ruangan media sosial 4 tahun lalu dengan pelbagai reaksi yang begitu seronok dan kepuasan hati mereka kerana tidak perlu lagi membayar balik hutang PTPTN.

“Antara janji PH yang paling berjaya mencetuskan gelombang besar kemenangan mereka adalah janji penghapusan hutang PTPTN,

“Sehinggakan ruangan media sosial 4 tahun lalu pada tarikh hari ini dipenuhi dengan pelbagai reaksi di kalangan anak-anak muda yang begitu seronok menzahirkan kepuasan hati mereka tidak perlu lagi membayar balik hutang PTPTN,” katanya dalam hantaran di media sosialnya pada Selasa.

Menurutnya, ramai dikalangan ibu bapa termasuk jentera UMNO juga termakan dengan janji PH itu.

“Masakan tidak ada antara anak-anak mereka bersungguh-sungguh memujuk rayu: “Abah dan Mak bagilah undi sekali ini je pada PKR (PH).

“Bayangkan hutang PTPTN kakak sahaja yang kena bayar RM35,500, adik RM 28,000. Kalau PH menang jimat RM63,500!” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!