Home SemasaGlobal India batal pembelian 72,400 raifal tempur dari Amerika Syarikat

India batal pembelian 72,400 raifal tempur dari Amerika Syarikat

by M.Daim

NEW DELHI, 7 Mei – Kerajaan India telah membatalkan perolehan kedua 72,400 laras raifal tempur dari Amerika Syarikat.

Langkah tersebut diambil selepas raifal SIG 716 Patrol keluaran Sig Sauer didapati mempunyai masalah untuk dioperasikan oleh pasukan tentera India di kawasan Jammu dan Kashmir.

“Raifal ini mungkin berfungsi dengan baik di Amerika Syarikat tetapi perkara sebaliknya berlaku di India,

“Ia berpunca dari keadaan semasa operasi yang berlainan,” kata media India yang memetik sumber kerajaan.

Tambahnya, New Delhi memutuskan untuk melakukan perolehan raifal tempur baharu dari dalam India.

Terdahulu, India telah melakukan perolehan pertama 72,400 Sig Sauer Patrol bernilai US$91.9 juta. Perolehan kedua yang dibatalkan adalah pembelian kedua yang diluluskan pada akhir 2020. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!