Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Latihan Perang Pangkor: Armada Barat pamer ketangkasan, kesediaan aset TLDM

Latihan Perang Pangkor: Armada Barat pamer ketangkasan, kesediaan aset TLDM

by Air Times News Network

LUMUT, 29 Apr – Tahap ketangkasan dan kesediaan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Armada Barat terus dipamer menerusi Latihan Perang Pangkor siri 18/22 di sekitar perairan Selat Melaka, semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, latihan ini merupakan inisiatif berterusan.

“Latihan ini bertujuan bagi memperkasa tahap kesiagaan dan keupayaan armada serta warganya dalam melaksanakan tugasan teras di lapangan,

“Siri latihan pada kali ini telah disertai 2 aset TLDM iaitu KD BADIK dan KD KINABALU serta disokong oleh Fast Combat Boat (FCB),” katanya.

Tim Menggeledah KD BADIK melaksanakan latihan penggeledahan ke atas KD KINABALU

Pada masa sama, latihan ini merupakan salah satu medan bagi menilai tahap kecekapan warga Armada TLDM dalam konteks peperangan maritim.

“Ia juga secara langsung mempamerkan komitmen berterusan TLDM dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan Zon Maritim Malaysia sentiasa terjamin dan terpelihara dari sebarang anasir atau ancaman menerusi tindakan cegah rintang yang pantas serta berkesan,

“Secara keseluruhannya, latihan Perang Pangkor kali ini telah mencapai sasaran objektif yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Tim Menggeledah KD BADIK siap sedia diaturgerak untuk latihan penggeledahan

Menurutnya, latihan secara berkala ini akan tetap diteruskan dan sentiasa ditambahbaik dan segala cabaran yang mendatang akan sentiasa ditempuh demi memastikan kelangsungan latihan dapat direalisasikan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply