Home Semasa Buli bukanlah sesuatu yang harus kita bangga – Tun M

Buli bukanlah sesuatu yang harus kita bangga – Tun M

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Apr – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad mengingatkan kepada pelajar sekolah bahawa buli bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan.

Beliau berkata demikian, susulan kejadian kes buli melibatkan sebuah sekolah menenggah di Langkawi yang tular di media sosial, pada Khamis.

“Saya sedih membaca berita kes buli di sebuah sekolah di Langkawi. Buli membawa kepada budaya samseng,

“Kini ianya menjadi kes polis. Saya harap semua pelajar yang terlibat sedar dan ambil peringatan yang buli bukanlah sesuatu yang harus kita banggakan,” kata Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dalam media sosialnya hari ini.

Semalam, seramai 13 pelajar telah ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden pengaduhan bagi membantu siasatan kes pergaduhan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, media melaporkan satu video tular berdurasi 25 saat menunjukkan sekumpulan pelajar bertindak membelasah seorang pelajar lain di dalam kelas di sebuah sekolah menenggah. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!