Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM mohon perolehan batch kedua LMS disegerakan

TLDM mohon perolehan batch kedua LMS disegerakan

by Nurulhuda

LUMUT, 27 Apr – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memohon kerajaan agar memberikan kelulusan segera bagi perolehan batch kedua kapal misi pesisir (LMSB2) demi memelihara kepentingan dan kedaulatan negara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, LMS itu akan mempunyai keupayaan tempur yang lebih baik berbanding kapal LMS kelas Keris yang digunakan TLDM yang digunakan pada masa kini.

Menurutnya, peningkatan keupayaan tempur ini amat diperlukan ekoran jurang keupayaan tempur yang dihadapi TLDM semakin melebar dan berada pada tahap yang kritikal.

“Perolehan kapal ini dapat meningkatkan keupayaan tempur yang lebih baik berbanding kapal LMS kelas KERIS,

“Perolehan LMSB2 berkeupayaan tempur ini adalah selari dengan rancangan transformasi TLDM 15 to 5 yang telah direkalibrasi,

“TLDM amat berharap agar kerajaan dapat memberi pertimbangan yang positif bagi memastikan perolehan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,

“Justeru sempena sambutan Hari TLDM ke-88, saya bagi pihak seluruh warga TLDM memohon kepada kerajaan agar perolehan ini dapat diberi kelulusan segera demi memelihara kepentingan dan kedaulatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Hari TLDM ke-88 di Padang Kawad KD Pelandok, hari ini.

Reza Mohd menjelaskan, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan serta mendapat sokongan penuh daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi memastikan perolehan ini dapat disegerakan.

“Perbincagan berkenaan sangat positif. Saya menaruh kepercayaan dan harapan kepada Menteri Kanan Pertahanan untuk mendapatkan serta meluluskan bajet kewangan perolehan LMSB2 pada tahun ini,” jelasnya.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany ketika Istiadat Perbarisan Hari TLDM ke-88 di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Terdahulu, Mohd Reza telah menyaksikan Upacara Parbarisan Hari TLDM ke-88 yang dilaksanakan buat kali kedua di dalam bulan Ramadan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak pandemik COVID-19.

TLDM masih mengangkat tema yang sama seperti tahun lepas iaitu TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara dengan mengekalkan 4 teras hala tuju utama.

“Teras tersebut termasuklah, memberi keutamaan kepada kesiagaan Armada TLDM; pembangunan semula Armada berlandaskan Program Transformasi TLDM 15 ke 5,

“Selain itu TLDM juga akan meningkatkan integrasi dan sokongan melalui aspek kebersamaan serta menyediakan modal insan terbaik untuk memenuhi keperluan masa hadapan,” jelasnya. -airtimes.my

Cption: Perolehan batch kedua kapal misi persisir akan meningkatkan keupayaan tempur TLDM yang kini berada di tahap kritikal – Panglima Tentera Laut

#TLDM #LMS #batchkedua #pertahanan #AirTimes

Related Articles

Leave a Reply