Home Semasa Polis siasat kereta pandu secara merbahaya di lorong kecemasan

Polis siasat kereta pandu secara merbahaya di lorong kecemasan

by Air Times News Network

YONG PENG 27 Apr – Pihak polis sedang mengesan pemandu dan pemilik sebuah kereta yang memandu secara merbahaya menggunakan lorong kecemasan di KM 124.9 Lebuhraya Utara-Selatan Yong Peng, Johor pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pada jam 4 petang semalam, Balai Polis Trafik Batu Pahat telah terima maklumat dari orang awam terdapat satu video yang ditular di laman Twitter melalui dashcam kereta lain mengenai kejadian tersebut.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 23 April lalu pada jam 3.50 petang dan telah ditularkan di media sosial semalam,

“Pihak polis meminta pemandu kereta yang merakam aksi tersebut serta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail, siasatan lanjut bagi kes ini akan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan Rule 53A LN 166/59.

“Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa memandu dan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya disamping peka kepada lalulintas,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply