Home Pertahanan dan Keselamatan Pembekal mercun: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Pembekal mercun: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

by Air Times News Network

MERSING, 26 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan sindiket pembekal mercun dipercayai untuk diagihkan kepada pelanggan di kawasan Kampung Paya Tinggal berhampiran laut Kem Sekakap.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Polis (ACP) Muhd Zailani Abdullah berkata, pasukanya sedang melaksanakan Operasi Kontraband telah mengesan sebuah kereta Produa Bezza berwarna gelap dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah ditahan untuk pemeriksaan mendapati telah menjumpai sejumlah mercun dan bunga api yang tidak mempunyai dokumen yang sah,

“Pemandu yang juga seorang lelaki tempatan mengaku bahawa mercun dan bunga api tersebut adalah miliknya,” katanya.

Tambahnya, barang larang tersebut juga merupakan tempahan yang diterima olehnya untuk dihantar kepada pembeli melalui aplikasi WhatsApp.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM2,000, kesemua rampasan telah dibawa balik ke PPM Mersing untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Mersing,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!