656
SEMPORNA, 25 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mematahkan cubaan seludup keluar barang kawalan ke Filipina, awal pagi semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Suprintenden Polis (DSP) Mohamad Ismail berkata, pihaknya telah menahan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan selatan laut Pulau Boheyan.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut telah menjumpai puluhan jerikin berisi minyak petrol,
“Jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM17,316.00,” katanya menerusi hantaran di media sosial PPM Wilayah 4, pada Ahad.
Tambahnya lagi, barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – airtimes.my