Home Pertahanan dan Keselamatan Lagi bot dari Filipina diusir di perairan Sandakan

Lagi bot dari Filipina diusir di perairan Sandakan

by Nurulhuda

SANDAKAN, 22 Apr – Sebanyak 3 bot laju dari negara Filipina yang cuba menceroboh masuk perairan Sandakan berjaya dipatahkan awal pagi kemarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan Deputi Komisioner Polis (DCP) Rusdin Banin berkata, operasi mencegah kemasukan dari negara luar kini sedang giat dijalankan oleh PPM di perairan negara.

Beliau berkata, anggotanya telah mengesan bot-bot tersebut dalam keadaan mencurigakan dari negara jiran yang memasuki perairan Sandakan sebelum ianya berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut mendakwa berasal daripada Filipina membawa hasil laut untuk dijual dan kemudiannya di arahkan berpatah balik dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID-19,

“Kesemua mereka diarahkan supaya tidak memasuki perairan Malaysia selaras dengan kehendak Undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak COVID 19,” jelas Rusdin dalam hantaran di media sosial PPM Wilayah 4 Sabah, malam tadi.

Rusdin dalam masa yang sama, turut menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihaknya untuk sama-sama mencegah jenayah rentas sempadan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!