Home Pertahanan dan Keselamatan 4 lelaki ditahan, mercun bernilai lebih RM500 ribu dirampas

4 lelaki ditahan, mercun bernilai lebih RM500 ribu dirampas

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 19 Apr – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya menahan 4 individu termasuk merampas mercun bernilai lebih RM500,000 dalam 2 serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar Muar dan Kempas, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, suspek termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 27 hingga 41 tahun itu ditahan dalam 2 serbuan berasingan pada 11 pagi dan 6 petang.

Beliau berkata,serbuan pertama dilakukan di Jalan Bukit Kempas 1/6, Taman Bukit Kempas, pada pukul 6 petang melibatkan pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM31,000,

“Manakala serbuan di Jalan Indah 18/6, Taman Pertama Indah, Sungai Abong, Muar pula, rampasan dibuat pukul 11 pagi melibatkan pelbagai jenis mercun dengan anggaran nilai RM560,300,

“Antara yang dirampas termasuklah mercun happy boom, thunder clap, mercun bola, crazy robot, happy boom tikus , mercun pop pop dan pelbagai lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dimin, bekalan mercun terbabit dipercayai diseludup dari negara jiran untuk bekalan perayaan Aildiftri. Manakala, suspek bertindak menjadikan premis tersebut sebagai pusat simpanan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga-peniaga kecil.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas 2 buah lori, masing-masing sebuah di Kempas dan sebuah lagi di Muar.

Dimin menjelaskan, suspek serta bahan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan Johor Bahru Utara untuk siasatan mengikut Akta Bahan Letupan 1975.

Tambahnya, kejayaan rampasan mercun ini berjaya memutuskan kegiatan pengedaran dan penjualan mercun disekitar daerah Muar serta Johor Bahru Utara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!