MUAR, 18 Apr – Taktik sindiket penyeludup menyembunyikan mercun dalam rumah ibadat gagal apabila diserbu oleh Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah rumah ibadat di MBP 192 KR, Parit Jawa, awal pagi semalam.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Deputi Suprintenden Polis Salehin Suleiman berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 12.10 pagi itu berjaya menahan seorang lelaki dewasa berumur 58 tahun serta merampas sebanyak 92 kotak besar berwarna coklat berisi pelbagai jenis mercun.
“Hasil siasatan mendapati suspek tidak memiliki lesen menyimpan dan permit menjual mercun yang sah,
“Jumlah nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM213,000,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Salehin menjelaskan, serbuan tersebut berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pengedaran dan penjualan mercun disekitar daerah tersebut.
Tambahnya lagi, sindiket tersebut menjadikan rumah ibadat sebagai stor simpanan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga-peniaga kecil. – airtimes.my