Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir 2 warga Filipina ceroboh Pulau Mataking

Polis Marin usir 2 warga Filipina ceroboh Pulau Mataking

by Air Times News Network

SEMPORNA, 18 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengusir sebuah perahu dan 2 warga Filipina menceroboh perairan negara di Pulau Mataking, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Polis (DSP) Mohamad Ismail berkata, anggotanya ketika membuat rondaan di pulau tersebut berjaya menahan dan memeriksa sebuah perahu tiada nombor pendaftaran berwarna biru.

“Setelah pemeriksaan dilakukan terdapat 2 orang lelaki dewasa dipercayai warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah memasuki perairan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di laman media sosial PPM Wilayah 4, pada Ahad.

Mohamad berkata, pengusiran telah dibuat dan perahu tersebut telah diiring keluar dari perairan negara serta diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara.

“Pengusiran tersebut selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!