Home Semasa Malaysia kecam tindakan provokasi bakar al-Quran di Sweden

Malaysia kecam tindakan provokasi bakar al-Quran di Sweden

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi oleh pemimpin Stram Kurs, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah al-Quran di Linkoping, Sweden.

Wisma Putra dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan sedemikian melangkaui batas dan norma hak kebebasan bersuara.

“Sebaliknya tindakan tersebut merupakan suatu usaha provokasi dan menghasut kebencian yang mesti ditolak oleh semua pihak yang inginkan keamanan serta hidup bersama dalam budaya damai,

“Malaysia juga menekankan kepentingan menghapuskan semua bentuk keganasan dan kebencian, termasuk Islamofobia,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Katanya, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan sentimen Islamofobia dan pelampau agama.

Pada Khamis lalu, Paludan bertindak membakar senaskah al-Quran di kawasan didiami majoriti penduduk beragama Islam di Sweden tanpa menghiraukan orang ramai yang membantah perbuatannya itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!