BATU PAHAT, 15 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM83,000 dalam serbuan Operasi Kontraban di kawasan Batu Pahat, kelmarin.
Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Polis (ACP) Muhd Zailani Abdullah berkata, bertindak hasil maklumat orang awam mendapati terdapat sejumlah mercun untuk pasaran tempatan yang dipercayai bagi tujuan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Serbuan dilakukan pada jam 6.30 pagi dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 49 tahun yang disyaki menyimpan 63 kotak mercun pelbagai jenis,
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM83,000 dan kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, PPM sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sebarang aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang rentas sempadan. – airtimes.my