Home PolitikBarisan Nasional Calon Ismail Sabri sebagai PM, bukti Zahid dan Tok Mat berjiwa besar

Calon Ismail Sabri sebagai PM, bukti Zahid dan Tok Mat berjiwa besar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Apr – Keputusan sebulat suara menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membuktikan tidak ada perpecahan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, keputusan tersebut membuktikan kepimpinan parti bersatu padu dalam merencanakan hala tuju dan kesinambungan dasar negara.

“Alhamdulillah, dengan sebulat suara MKT UMNO menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) bagi PRU-15,

“Ini jelas membuktikan kepimpinan parti bersatu padu dan tidak ada perpecahan dalam MKT,

“Ini memudahkan tugasan pimpinan parti untuk merencanakan hala tuju negara demi kestabilan dan kesinambungan dasar-dasar negara agar kesejahteraan serta keharmonian rakyat terus terbela di bawah BN,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, semalam.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berjiwa besar dalam membuat keputusan demi negara.

Dalam pada itu, Shahril menambah, keputusan itu juga menunjukkan pimpinan utama parti sentiasa komited dalam membela nasib rakyat, biarpun sering berdepan tohmahan.

“Biar diserang kiri kanan, kedua-dua tokoh ini tetap komited memastikan BN meneruskan agenda membantu dan membela nasib rakyat,

“InsyaAllah, kami akan bekerjasama untuk kebaikan Keluarga Malaysia,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!