Home Semasa Basikal lajak: Jangan kongsi gambar dan video tular lama – Polis

Basikal lajak: Jangan kongsi gambar dan video tular lama – Polis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Apr – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) mengesan satu video tular di media sosial berdurasi 8 saat yang memaparkan tindakan sekumpulan penunggan basikal lajak menunggang dalam keadaan berbahaya di jalan raya.

Ketua JSPT KL, Asisten Komisioner Polis (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, hasil dari semakan mendapati kegiatan penunggang basikal lajak dalam video yang ditularkan itu telah berlaku tahun 2016 di Jalan Sultan Ismail, KL.

“Dipercayai video tersebut telah sengaja ditularkan kembali di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar dan video lama bagi mengelakkan kekeliruan serta menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, orang ramai perlu menghubungi balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan dalam isu berkaitan.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!