Home Pertahanan dan Keselamatan APC, PPT beri penghargaan dan pengiktirafan kepada penjawat awam

APC, PPT beri penghargaan dan pengiktirafan kepada penjawat awam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) adalah salah satu kaedah ganjaran atau insentif Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan mutu kerja dan produktiviti bagi mengekalkan sahsiah peribadi pada tahap yang terbaik.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam hantaran media sosialnya berkata, anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada semua penerima serta pembangkit semangat kepada rakan-rakan sekerja yang lain untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, jujur, berdedikasi, ikhlas dan amanah.

“Majlis ini juga bertemakan “Memperkasa Legasi Keluarga, Perkhidmatan Awam Cemerlang” bagi tahun 2021,

“Seramai 291 penerima Anugerah Kecemerlangan dari warga awam, 45 penerima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 41 pesara wajib menerima Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang dan 4 pesara pilihan diberi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun lalu,” katanya.

 

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 bertempat di Hotel Intercontinental, semalam.

Dalam sesi pertama, anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz, manakala bagi sesi kedua disampaikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

“Selain itu, bantuan zakat wakalah asnaf turut disampaikan kepada 150 warga awam Kementerian Pertahanan,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Seri Affendi Buang TUDM serta kepimpinan tertinggi ATM dan MINDEF. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!