Home Pertahanan dan Keselamatan 2 lelaki ditahan cuba seleweng minyak diesel tanpa permit

2 lelaki ditahan cuba seleweng minyak diesel tanpa permit

by Air Times News Network

JOHOR BAHARU, 13 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berjaya menggagalkan cubaan 2 pemandu lori disyaki membawa kira-kira 5,167 liter diesel tanpa permit di 2 lokasi stesen minyak berasingan sekitar Skudai, pagi tadi.

Komander PPM W2 Johor, Asisten Komisioner Polis (ACP) Muhd Zailani Abdullah berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan di kawasan stesen minyak sekitar Skudai atas maklumat yang diterima berkenaan aktiviti penyelewengan diesel berkenaan.

“2 orang lelaki berusia 28 dan 56 tahun berjaya ditahan semasa serbuan dilakukan ketika mereka sedang melakukan pengisian ke dalam tangki yang dipercayai sudah diubah suai dan teletak di belakang lori terbabit,

“Ketika pemeriksaan lanjut dijalankan, suspek gagal memberikan sebarang dokumen kebenaran yang sah untuk membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” jelasnya.

Zailani berkata, suspek telah ditahan dan barang termasuk lori dirampas serta dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Johor untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnya, kesemua kenderaan dan rampasan dianggarkan berjumlah RM176,539,” ujar beliau. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!