Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-9 beri sumbangan alat tulis kepada 151 pelajar di Dib’al Public School

MALBATT 850-9 beri sumbangan alat tulis kepada 151 pelajar di Dib’al Public School

by Air Times News Network

DIB’AL, 12 Apr – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT-850-9) terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya di kawasan operasi dengan memberi sumbangan alat tulis kepada 151 orang kanak-kanak di Dib’al Public School, semalam.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi laman media sosialnya berkata, penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin kepada Director of Dib’al Public School, Ibrahim Srour.

Menurutnya, sumbangan yang disampaikan ini adalah daripada rakyat Malaysia yang telah dikumpulkan di MALBATT Village Port Dickson sejak Jun 2021.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha MALBATT 850-9 melalui Sel Civil Military Coordination (CIMIC) untuk membantu kanak-kanak tempatan menjalani persekolahan dengan lebih sempurna,” ujarnya.

Katanya, penyampaian sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang majoritinya kurang berkemampuan untuk mendapatkan keperluan tersebut. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!