Home Pertahanan dan Keselamatan Daun ketum bernilai RM21,000 gagal diseludup ke Thailand

Daun ketum bernilai RM21,000 gagal diseludup ke Thailand

by Air Times News Network

KANGAR, 12 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 270 kilogram (kg) daun ketum bernilai lebih RM21,000 ke Thailand di pesisir pantai Kuala Perlis, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Shamsol Kassim berkata, rampasan dibuat bersama unit risik Kompeni D Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan dibantu unit dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada jam 5.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan pasukan operasi mendapati sebuah sampan kayu ekor panjang ditinggalkan berhampiran hutan bakau dimuatkan dengan bungkusan plastik hitam di dalam sampan terbabit,

“Pasukan operasi membuat pemerhatian terhadap barang rampasan tersebut di tempat kejadian selama lebih satu jam dan tiada sesiapa yang hadir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi telah merampas kesemua 27 bungkusan plastik daun ketum berserta sampan kayu dan enjin dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan RM28,600.

“Kesemua barang rampasan diserahkan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kangar dan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!