SABAK BERNAM, 11 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 telah mematahkan cubaan menyeludup masuk 79 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menggunakan bot pom-pom pada kedudukan 4.8 batu nautika dari Kuala Sungai Besar, Jumaat lalu.
Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pihaknya turut menahan seorang tekong serta 4 pembantu tekong waga Indonesia dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 10.30 malam itu.
Beliau berkata, kemua PATI tersebut ditahan oleh Bot Ronda PSC 15 dengan bantuan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
“Bot ronda PPM, PSC 15 telah berjaya memintas sebuah bot Pom Pom Indonesia yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran dari Indonesia ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan (jalan laut),
“Kesemua migran adalah wargenegara Indonesia yang mana mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia melalui jalan laut,” katanya.
Shamsol menjelaskan, PATI terbabit dipercayai membayar sebanyak RM1,800 seorang kepada ejen di Indonesia untuk memasuki negara ini.
“Hasil siasatan mendapati tekong dan ejen aktif menguruskan migran sejak sebulan lalu,
“Kesemua 84 warga asing itu dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk tindakan lanjut,
“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. -airtimes.my