Home Semasa Ribut tropika Megi: Amaran angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah

Ribut tropika Megi: Amaran angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama akan berlaku di kawasan perairan Sabah akibat ribut tropika Megi, hari ni.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, sehingga jam 9 pagi tadi kedudukan ribut berkenaan berada di kedududkan 11.0 Latitud Utara dan 125.0 Longitud Timur, kira-kira 144 kilometer (km) ke barat laut Surigo City, Filipina dan 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

Sehubungan itu, ribut tersebut hampir pegun dan kelajuan angin maksima adalah 65 km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang di perairan Sabah khususnya kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu berkuat kuasa sehingga 11 April 2022,

“Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan mengikuti maklumat status terkini ribut Megi yang dikemaskini setiap 3 jam di laman web serta aplikasi mobil myCuaca,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!