[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=gzLO-M6QWNw[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 11 Apr – “Sekiranya Pakatan Harapan (PH) mahu, ditambah pula dengan jumlah sokongan yang ada, Perdana Menteri sekarang pun boleh ditukar,” kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
Namun, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, bukan begitu sikap gabungan tersebut.
Beliau berkata, PH tidak akan berbuat demikian berikutan telah mengikut Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dengan parti pembangkang.
“Kerajaan dibina melalui ‘Sheraton Move’ tak stabil. Tak lama perdana menteri berkuasa dan tukar PM baru (beberapa kali),
“Sekarang kalau kami mahu Perdana Menteri ini pun boleh ditukar. ‘If we want’. Kami tak mahu Kami dah buat perjanjian MoU. Jadi perdana menteri buat lah kebaikan untuk rakyat sehingga PRU akan datang,” katanya ketika membahaskan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali panggilan sebagai Mat Sabu berkata setakat ini Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengikut MoU yang telah dimertai dengan pembangkang.
Tambahnya, MoU tersebut boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
“(Lihat) bagaimana sikap terbuka pihak kami. Kalau kami mahu dengan majoriti sedikit di sana kita boleh tawar apa-apa jawatan pada mereka (kerajaan) datang sebelah sini. (Jadi) menteri pula aku,
“Tetapi kita bukan jenis itu. Kalau dah tandatangan MOU, kita ikut. Perdana menteri setakat ini Alhamdulillah lihat ikut setiap dengan MoU ini,” ujarnya.
Tambah beliau, dalam isu lompat parti, yang perlu diberi perhatian adalah hak asasi pengundi dan bukannya menumpukan kepada hak asasi individu yang melompat.
“Saya diundi oleh 90,000 pengundi. Kalau saya lompat, itu hak asasi saya,
“Tapi 90,000 orang yang undi saya itu, saya nak letak mana hak mereka,” tegasnya.-airtimes.my