Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan 4 PATI Indonesia bersama senapang angin

Polis Marin tahan 4 PATI Indonesia bersama senapang angin

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 8 Apr – Cubaan 4 lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ceroboh masuk ke Malaysia melalui jalan laut berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Johor di kawasan tepi Sungai Kampung Bakar Batu, awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Polis (ACP) Muhd Zailani Abdullah berkata, kesemua lelaki berusia 35 hingga 50 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan jenis Produa Bezza pada jam12.15 pagi.

“Sejurus ditahan, kesemua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini,

“Turut ditahan seorang pemandu kenderaan warga tempatan berumur 43 tahun yang disyaki sebagai transporter,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

PPM turut merampas selaras senapang angin, 3 bungkus peluru timah buatan sendiri dan 3 bilah sabit

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap bagasi pula telah menjumpai selaras senapang angin yang dileraikan kepada 5 bahagian beserta 3 bungkus peluru timah buatan sendiri dan 3 bilah sabit.

“Suspek yang berasal dari Surabaya, Indonesia itu mengaku kesemua komponen senapang angin itu digunakan untuk tujuan memburu,

“Tahanan dan rampasan diserah kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru bagi membantu siasatan dibawah kesalahan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM),

“Kes juga akan disiasat dibawah Akta Senjata Api 1960, Akta Bahan Letupan dan Kakisan dan Senjata Berbahaya dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!