Home Pertahanan dan Keselamatan PPM dan KPDNHEP hidu aktiviti sorok barang terkawal di Lahad Datu

PPM dan KPDNHEP hidu aktiviti sorok barang terkawal di Lahad Datu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 7 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengesan kegiatan menyimpan barang kawalan tanpa permit dalam operasi bersama, pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Suprintendan Gan Ping Sin berkata, pihaknya telah mengesan aktiviti ini di belakang premis kedai di sebuah Jalan Silam.

“Hasil serbuan yang dilakukan berjaya menahan seorang lelaki berumur 37 tahun dan merampas sebuah lori yang berisi minyak diesel bernilai RM21,500,

“Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM181,500 dan tangkapan serta rampasan diambil oleh KPDNHEP Cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Menurutnya lagi, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!