Home Pertahanan dan Keselamatan Bulan Ramadan bukan penghalang perairan negara terabai

Bulan Ramadan bukan penghalang perairan negara terabai

by Air Times News Network

PULAU PINANG, 7 Apr – Bulan Ramadan bukan penghalang bot ronda PSC46 milik Pasukan Polis Marin (PPM) membuat rondaan demi menjaga perairan negara.

PPM Wilayah Satu menerusi hantaran media sosialnya berkata, berpuasa bukan halangan bagi krew PSC46 untuk terus melaksanakan rondaan dan pemeriksaan rutin harian serta telah berjaya menahan sebuah bot pukat tunda kelas C di Peraian Tanjung Piandang.

“Hasil pemeriksaan mendapati tekong serta awak-awak telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985,

“Turut dirampas hampir 500 kilogram ikan campur-campur dan sebuah alat komunikasi dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM5,000,” katanya.

Tambahnya lagi, bot dan barang rampasan telah diiring ke Pengkalan PPM Batu Urban bagi membuat laporan polis.

“Bot yang berpengkalan daripada Pantai Remis, Perak itu seterusnya di serahkan kepada Jabatan Perikanan untuk disiasat dibawah Sek 8(b) Akta Perikanan 1985,” ujarnya. – airtimrs.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!