PAHANG, 5 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) (12 RAMD) (Mek) telah melaksanakan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2022 di kawasan Bukit Ibam, pada 24 Mac lalu.
Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menerusi akaun media sosialnya berkata, latihan ini dilaksanakan mulai 15 hingga 24 Mac 2022 di sekitar kawasan Muadzam Shah melibatkan 2 Kompeni Tempur dari 12 RAMD (Mek).
“Eksesais ini merangkumi pergerakan taktikal sejauh 40 kilomiter, Latihan Pandu Arah, Ilmu Medan Perang (IMP), Tindakan Serta Merta (TSM), Menduduki Pengkalan, Rondaan, Serdap dan Serangan Khemah Musuh di dalam Peperangan Melawan Insurgensi (PMI),” katanya.
Tambahnya, seramai 11 pegawai dan 266 anggota terlibat dalam perbarisan penutup eksesais Pasak ini.
Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek) dalam ucapan berkata, latihan ini bertujuan menguji keupayaan serta kebolehan sistem pengurusan dan pelaksanaan latihan di dalam seksyen, platun dan kompeni. – airtimes.my