Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Indonesia bernilai RM756,720

Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Indonesia bernilai RM756,720

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 1 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Indonesia bernilai RM756,720.

PPM dalam hantaran di media sosialnya berkata, pada Isnin lepas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Daerah Barat Daya, Balai Polis Teluk Kumbar dan PPM Wilayah Satu Pulau Pinang telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan bersama seorang lelaki warganegara asing berumur 35 hingga 44 tahun yang terlibat dengan aktiviti mengedar dadah jenis syabu.

“Hasil serbuan pihak polis telah berjaya merampas 20 bungkusan syabu anggaran berat 21,020.00 gram bernilai RM756,720 dan menyita sebuah kenderaan dengan jumlah keseluruhan sitaan ialah RM10,000,

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM766,720,” katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 105,100 orang penagih.

“Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup,

“Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!