BARISH, 1 Apr – Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT-850-9) meneruskan tanggungjawab sosialnya di bumi Lubnan dengan menyerahkan sumbangan kepada BARISH Public School, Selatan Lubnan pada Rabu lalu.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi laman media sosialnya berkata, penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin kepada Director of BARISH Public School, Kamal Abdullah.
Turut hadir menyaksikan penyerahan adalah guru-guru dan staf di sekolah tersebut.
“Sekolah ini mempunyai lebih kurang 240 orang pelajar yang berumur dari 7 hingga 15 tahun (Gred 1 hingga Gred 7),
“Sumbangan yang dihulurkan berupa beg sekolah, Dental Kits, peralatan alat tulis, payung, kalkulator, Set Geometri, Thermos, Fail UNIFIL dan Topi UN,
“Peralatan ini merupakan sumbangan daripada Sector West Civil Affair melalui kerjasama antara Sel CIMIC MALBATT 850-9,” jelas MK AB.
Sementara itu, Director of BARISH Public School turut merakam rasa bersyukur dan berterima kasih di atas sumbangan yang telah disampaikan oleh MALBATT 850-9.
Tambah MK AB, sumbangan ini selari dengan Teras Ketiga Perintah Ulung Komander MALBATT 850-9 iaitu Hubungan Diplomasi melalui Civilian Engagement di mana menzahirkan rasa keyakinan rakyat tempatan terhadap UNIFIL. -airtimes.my