Home Pertahanan dan Keselamatan Penganjuran LIMA akan diteruskan – Hishammuddin

Penganjuran LIMA akan diteruskan – Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) akan diteruskan.

Beliau berkata, penganjuran LIMA banyak bergantung dengan kejayaan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang bermula 28 hingga 31 Mac 2022.

Kejayaan penganjuran DSA & NATSEC 2022 meletakkan kita di atas asas yang cukup baik untuk mengadakan dan menjayakan LIMA tahun hadapan – Hishammuddin

“Sama ada kita teruskan penganjuran LIMA banyak bergantung kepada kejayaan kita di DSA dengan NATSEC Asia 2022,

“Jelas dalam 4 hari ini, semua telah membantu menyakinkan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) bahawa kita boleh (meneruskan LIMA tahun hadapan),

“Dan saya percaya dengan kejayaan DSA & NATSEC 2022 meletakkan kita di atas asas yang cukup baik untuk mengadakan dan menjayakan LIMA tahun hadapan,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup DSA & NATSEC 2022, hari ini.

Sebelum ini, penganjuran LIMA’21 yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 Mac 2021 dibatalkan kerana pandemik COVID-19. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!