Home Pertahanan dan Keselamatan HMAV Tarantula direka oleh rakyat Malaysia untuk Malaysia

HMAV Tarantula direka oleh rakyat Malaysia untuk Malaysia

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=1zp70ltzNGc[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Penasihat MILDEF Technologies, Tan Sri Raja Mohammed Affandi Mohd Noor menegaskan kenderaan berperisai Tarantula 4×4 merupakan hasil usaha rakyat Malaysia kepada negara.

“Tarantula adalah satu peralatan yang direka dan dihasilkan oleh industri tempatan,

“Ianya adalah kenderaan yang dibuat oleh rakyat Malaysia kepada Malaysia,” katanya kepada Air Times dalam satu wawancara eksklusif.

Tarantula merupakan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi (HMAV) 4×4 keluaran MILDEF International Technologies (MILDEF) yang dirasamikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pada ketika itu memegang portofolio sebagai Menteri Pertahanan.

Menurut Affandi, beliau berharap penghasilan kenderaan ini akan menjadi peneraju dan pencetus kepada industri pertahanan tempatan yang lain.

“Kita berharap langkah yang diambil ini akan menjadi pencetus kepada pembinaan industri pertahanan tanah air,

“Tarantula melibatkan pelbagai pemain-pemain industri yang lain termasuk komunikasi,” katanya.

Selain daripada itu, beliau turut menyatakan keperluan kenderaan sebegini adalah berterusan dengan melihat perubahan arus perubahan konflik semasa.

MILDEF merupakan salah satu syarikat tempatan yang hadir ke pameran dwi tahunan DSA dan NATSEC Asia 2022 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) semenjak 28 Mac lalu.

Dalam pameran yang sama, sebuah lagi kenderaan keluaran MILDEF, Rentaka telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa baginda mencemar duli ke pameran ini Isnin lalu.

Tarantula merupakan kenderaan berperisai yang dilengkapi dengan sistem persenjataan kawalan jauh (RCWS).

Kenderaan ini dilindungi dengan perisai STANAG 4569 A2 bagi tujuan perlindungan dari balistik dan impak artileri. Selain daripada itu, kereta ini turut dilengkapi dengan perisai STANAG 4569 LA2/L2B bagi memberi perlindungan kepada kru daripada letupan grenad dan periuk api.

Nama Tarantula dipilih adalah dipilih bersempena spesis Malaysian Earthtiger Tarantula yang merupakan unik dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia. – airtimes.my

Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.  Sila hubungi pihak Air Times untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!