Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Helikopter Fennec TLDM rekod 20,000 jam penerbangan

Helikopter Fennec TLDM rekod 20,000 jam penerbangan

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=6QgUR48wiQ0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 30 Mac – 6 buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS555SN Fennec merekodkan pencapaian 20,000 jam penerbangan semenjak tahun 2004.

Airbus Helicopters dan TLDM telah menganjurkan satu majlis sempena Pameran dan Persidangan Pekhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 bagi meraikan rekod cemerlang operasi penerbangan Skuadron 502.

Ketua Pemasaran Asia Pasifik, Airbus Helicopters, Fabrice Rochereau, telah menyampaikan anugerah kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Fairul Mohd Shukor TLDM di saksikan oleh Panglima Udara TLDM, Laksamana Pertama, Ahmad Shafirudin Abu Bakar TLDM.

Menurut Airbus dalam kenyataan berkata, helikopter pelbagai fungsi ini seberat 2 tan digunakan terutamanya untuk latihan serta penyokong operasi penerbangan.

Dalam masa sama, Ahmad Shafirudin berkata, TLDM berbangga dengan pencapaian penerbangan ini yang telah diiktiraf oleh Airbus.

“TLDM khususnya pihak cawangan udara amat berbangga dengan pencapaian yang telah diberi pengiktirafan oleh pihak Airbus,

“Kita berharap pencapaian ini akan terus memacu semangat untuk memberi khidmat terbaik untuk Armada,

“Pencapaian ini membuktikan juruterbang kompeten dalam mengendalikan helikopter Fennec,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Menurut Ahmad Shafirudin, helikopter ini kita perolehi sebagai lead in trainer, peranan utama adalah melatih juruterabang baru supaya mereka didedahkan dengan operasi di laut.

“Helikopter Fennec ini telah digerakkan dalam pelbagai operasi seperti menjayakan Operasi Fajar (Op Fajar) di perairan Somalia, eksesais diperingkat bilateral dan multilateral,

“Kesemua operasi yang dilaksanakan akan menentukan juruterbang helikopter Fennec ini didedahkan situasi sebenar operasi yang dilaksanakan,” ujarnya.

Katanya, elemen yang paling penting bagi cawangan udara TLDM adalah sumber manusia yang merangkumi ke semua aspek termasuk senggaraan dan operator.

“Kesemua elemen ini perlu dipastikan sentiasa mantap, kerana dengan sumber manusia yang kompeten kita boleh menjayakan apa juga perancangan yang kita ada,” jelasnya ketika ditanya mengenai kesiapsiagaan cawangan udara TLDM dalam mengekalkan pengoperasianya.

Mengulas lanjut, beliau berharap cawangan udara TLDM perlu mengoptimunkan apa juga aset yang telah diberikan sesuai dengan teknologi terkini dan terus kekal cemerlang.

“Cawangan udara TLDM juga mengharapkan aspek sokongan akan ditambah baik bagi menentukan kesediaan helikopter dapat dipertingkatkan,” jelasnya lagi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!