Home Pertahanan dan Keselamatan Pameran DSA 2022 dan NATSEC ASIA 2022 bermula

Pameran DSA 2022 dan NATSEC ASIA 2022 bermula

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=wr_-XgOw5Ss[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah melancarkan pameran DSA 2022 dan NATSEC ASIA 2022 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Pameran pertahanan dan keselamatan dwitahunan ini akan berlangsung selama 4 hari mulai 28 Mac hingga 31 Mac 2022.

Penganjuran DSA dan NATSEC ASIA 2022 dianggap sebagai satu acara yang penting kerana ianya memberi petunjuk bahawa Malaysia telah bersedia untuk membuka pintu sempadan negara bagi menarik pelabur antarabangsa.

“Penganjuran pameran ini menandakan peralihan negara ke fasa endemik dan kita telah mengambil langkah untuk maju ke hadapan,

“Ini sekaligus memkperkukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabangsa yang ideal,

“Ianya satu perkara yang membanggakan selepas 4 tahun pameran ini kali terakhir dianjurkan,” katanya semasa sidang media di MITEC, semalam.

Pameran yang disertai syarikat pempamer dari lebih 54 buah negara ini turut meibatkan beberapa acara sampingan seperti forum dan persidangan peringkat antarabangsa.

Hishammuddin akan menghadiri mesyuarat Bersama Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!