1.4K
LUMUT, 26 Mac – Latihan Rapid Abseiling Vertical Option (RAVO) dan Water Jump oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL) dengan menggunakan helikopter AS 555 SN Fennec dilaksanakan pada 23 hingga 24 Mac lalu.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi hantaran di media sosialnya berkta, latihan yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keupayaan dan kesiagaan pegawai serta anggota PASKAL termasuk Air Crew Skuadron 502.
Menurutnya, latihan ini telah diadakan di sekitar pangkalan TLDM dikendalikan sepenuhnya oleh KD PANGLIMA HITAM dengan kerjasama Skuadron 502 melibatkan hampir 25 pegawai dan anggota.-airtimes.my