Home Pertahanan dan Keselamatan APMM bantu nelayan terputus jari di Tanjung Sedili

APMM bantu nelayan terputus jari di Tanjung Sedili

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 26 Mac – Seorang nelayan berhadapan detik cemas, apabila jarinya terputus ketika menarik pukat di perairan Tanjung Sedili, semalam.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 9.20 pagi.

Beliau berkata, nelayan tempatan memaklumkan rakan mereka terputus jari akibat tersepit pada mesin penarik pukat dan bot nelayan itu dilaporkan tidak dapat bergerak kerana mengalami kerosakan.

Tambahnya, mangsa Azmi Arifin, 46, putus satu jari akibat tersepit ketika melakukan kerja menarik pukat di kedudukan 10.8 batu nautika timur laut Tanjung Sedili Besar.

“APMM segera mengkoordinasikan bantuan dengan menghubungi komuniti maritim berdekatan untuk mengambil mangsa di lokasi,

“Mangsa dibawa ke jeti Zon APMM Tanjung Sedili pada 1.45 tengah hari dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili untuk menerima rawatan awal seterusnya dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya dalam kenyataannya pada Sabtu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!