Home Pertahanan dan Keselamatan Warga 4 Divisyen derma darah bantu masyarakat setempat

Warga 4 Divisyen derma darah bantu masyarakat setempat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Seramai 30 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah naungan Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) telah melaksanakan program derma darah sempena Hari Ulang Tahun (HUT) 4 Div ke-41 di Unit Tabung Darah, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, semalam.

Markas 4 Div menerusi laman sosialnya berkata, program derma darah ini hasil kerjasama daripada Pusat Trauma HAT Tuanku Mizan sebagai sumbangan kepada masyarakat ketika negara dilanda wabak COVID-19.

“Program ini juga dapat merapatkan hubungan dua hala di antara organisasi yang bergelar barisan hadapan ketika wabak COVID-19 sedang melanda negara,

“Sepanjang program ini berlangsung Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap dipatuhi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Dalam pada itu, Panglima 4 Div, Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran telah menyempurnakan simbolik pelancaran dengan menyerahkan pek darah kepada Ketua Jabatan Oftalmologi HAT Tuanku Mizan, Brigadier Jeneral Mohd Mansor Sharif.

Turut hadir semasa program itu dilaksanakan, Panglima 12 Briged, Brigedier Jeneral Sani S Omar dan Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kolonel Mohd Izwan Hussin. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!