1.2K
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan 2 serbuan berasingan sekitar Jalan Imbi dan Puchong bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI), malam tadi.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan pertama yang dijalankan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi berjaya menahan seramai 22 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO).
Dalam pada itu, pihaknya juga telah menahan seramai 39 PATI yang kebanyakannya terdiri daripada warga Afrika dalam serbuan kedua di Puchong, pada Khamis.
Tambahnya lagi, Operasi Bersepadu (Op Bersepadu) itu adalah bertujuan untuk mengesan dan menangkap PATI. – airtimes.my