Home Semasa Usul lanjut kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA tidak dapat sokongan

Usul lanjut kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA tidak dapat sokongan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Usaha kerajaan untuk melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam tempoh 5 tahun gagal apabila tidak mendapat sokongan mencukupi di Dewan Rakyat, hari ini.

Usul itu ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, sementara itu, 50 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.

Kegagalan usul itu menyebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) bermula 31 Julai depan.

Subseksyen itu bagi membolehkan polis terus menggunakan kuasa khas di bawah subseksyen itu, untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA sehingga 28 hari.

Terdahulu, usul itu dikemukakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebelum dibahaskan oleh 19 orang Ahli Parlimen.

Jelasnya, tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA dihadkan kepada 5 tahun saja bagi mewujudkan elemen semak dan imbang di dalam penguatkuasaannya, namun ia boleh disemak dan dilanjutkan jika mendapat kelulusan Parlimen.

Manakala, tempoh 28 hari sebenarnya tidak mencukupi kerana kes disiasat di bawah SOSMA adalah sangat rumit dan kompleks.

Beliau juga menafikan SOSMA sebagai undang-undang zalim, selain menegaskan Subseksyen 4(3) memperuntukkan tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan mengikut seksyen ini semata-mata atas kepercayaan atau aktiviti politik mana-mana individu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!