Home SemasaGlobal Singapura bakal buka kedutaan di Israel

Singapura bakal buka kedutaan di Israel

by Air Times News Network

SINGAPURA, 22 Mac – Kementerian Luar (MFA) Singapura memaklumkan republik itu akan membuka kedutaan di Tel Aviv, Israel bagi mengukuhkan hubungan inovasi antara kedua-dua negara, pada Isnin.

MFA dalam satu kenyataan berkata, pembukaan kedutaan itu akan menjadi pusat tumpuan dan menyokong syarikat Singapura yang ingin mengembangkan kerjasama mereka dengan bakal rakan kongsi Israel.

Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata, Singapura dan Israel harus memperkasa kerjasama dalam bidang baharu seperti teknologi pertanian makanan, kesihatan, kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan ketika dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19.

Dr Vivian Balakrishnan dalam rangka lawatan kerja ke Israel turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam AI antara Singapura dan Israel.

MoU itu bagi mempercepatkan kerjasama rentas sempadan dalam AI dan menyokong pembangunan serta pengunaan AI untuk faedah kolektif antara kedua-dua negara. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!